Pages

Monday, 23 February 2015

Sambungan Laporan Temu Bual Sarawak Planted Forest SDN BHD

Tarikh : 13 Februari 2015
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Sarawak Planted Forest SDN BHD



Aktiviti :
1) Kami telah menemubual salah seorang pegawai  di syarikat berkenaan.
2) Kami telah bertanyakan beberapa soalan kepada beliau dan hasilnya seperti yang akan diceritakan oleh saya dan rakan saya Shazzrul.

Human Resources

Fungsi HR dalam syarikat ini ialah mereka lebih mengutamakan pada bahagian kemahiran dalam perhutanan dan penanaman. Mereka juga mendedahkan apa yang berlaku ketika berada di padang atau tapak projek. Selain itu, mereka juga ada memberi latihan pada pekerja-pekerja mereka untuk menambah baik dari semasa ke semasa.

Terdapat beberapa elemen penting dalam HR, antaranya ialah:
  • Perancangan Sumber Manusia
    Syarikat ini telah mengambil seramai 44 orang pekerja,ini kerana mereka tidak memerlukan ramai pekerja kerana mereka lebih kepada bahagian di tapak projek.
  • Perekrutan
    Dari apa yang kami dapat, syarikat ini tidak merekrut mana-mana pekerja dari institut lain.
  • Pemilihan
    Dari segi pemilihan pula, mereka mengikut tahap pendidikan seseorang itu kerana pangkat akan diberikan mengikut tahap pendidikan yang mereka milik.
  • Latihan dan Pengembangan
    Para pekerja akan di bawa ke ladang untuk membiasakan diri dengan situasi bekerja di tapak projek. Selain itu, mereka juga di nilai melalui KPI pada hujung tahun.
  • Pampasan
    Untuk elemen ini pula, syarikat ini tiada bonus kerana para pekerja yang mengambil OT akan diberi elaun manakala pekerja berpangkat executive akan mendapat cuti lebih. 
  • Penilaian Prestasi
    Sepanjang syarikat ini ditubuhkan mereka tiada membuat anugerah kepada pekerja tetapi hanya membuat majlis makan malam.
  • Perhubungan Pekerja
    Syarikat ini amat menitikberatkan tentang kebajikan para pekerja mereka. Mereka juga memberi insurans kepada setiap pekerja mereka.

Dikemaskini oleh Ahmad Afiq Adli Bin Ahmad Saufi S19261

0 comments:

Post a Comment