Tarikh : 26/12/2014
Hari : Jumaat
Masa: 9:40 pagi
Tempat : Kolej Kediaman UPMKB
Aktiviti : Membincangkan Tujuan Penubuhan Syarikat kami
Tujuan penubuhan syarikat ini sebagai garis
panduan kepada usahawan untuk menentukan hala tuju perniagaan agar lebih sistematik dalam dunia
pasaran.Hal ini dapat memastikan segala
aktiviti perniagaan syarikat lebih berdaya saing dan maju seperti perniagaan
lain.
Selain itu, motif
penubuhan syarikat juga bertujuan untuk memberi keyakinan kepada orang luar
bahawa produk yang dipasarkan berkualiti dan mampu berdaya saing seperti produk
lain.Syarikat yang berdaya saing sesuai untuk pelaburan dan pembiayaan
disamping meyakinkan bank,pelabur dan
menjamin perolehan modal yang mencukupi.
Di
samping itu, tujuan penubuhan syarikat juga dapat membantu para usahawan untuk
menganggar sumber keperluan perniagaan. Hal ini membolehkan sumber dapat
diagihkan dan diguna dengan cepat untuk mengelakkan pembaziran berlaku dalam
pertanian.Seterusnya, penubuhan syarikat ini dapat menarik minat orang ramai
dalam perniagaan yang berasaskan pertanian khususnya kepada generasi muda.
Selain itu, penubuhan syarikat ini juga sebagai
alat kawalan untuk melicinkan operasi perniagaan mengikut rancangan yang telah
ditetapkan. Hal ini dapat memudahkan usahawan untuk mengambil tindakan dengan
segera apabila berlakunya penyelewengan dalam perniagaan tersebut. Motif lain
dalam penubuhan syarikat ialah untuk memberi ilmu pengetahuan tentang jenis-
jenis baja, dan fungsi baja kepada tanaman khususnya masyarakat tempatan.
Seterusnya, motif lain penubuhan syarikat
ialah untuk meningkatkan kualiti dan
kuantiti setiap baja bagi memenuhi permintaan pasaran serta memperkenalkan baja
organik kepada masyarakat luar khususnya masyarakat tempatan. Hal ini dapat
meningkatkan hasil jualan yang tinggi.
Presentation shld be in a combination of point form and explanation form..
ReplyDeletetq Dr kami akan kemaskini semula,dan prbetulkan kesilapan..
Delete