Pages

Tuesday, 20 January 2015

Temuduga Kewangan ( MARA )

Tempat : Pejabat MARA Bintulu
Tarikh   : 9 januari 2015
Hari      : Jumaat 
Masa    : 3.30 Petang



Aktiviti  :

  1. Kami telah menemuduga Encik Nur Haidir bin Sulaiman. Beliau telah bercerita mengenai latar belakang syarikat MARA di Bintulu . MARA telah ditubuhkan untuk membantu Bumiputra di Malaysia. MARA juga memberikan latihan keusahawanan seperti memberikan pinjaman untuk menjalankan perniagaan yang baru dibuka. Mereka juga memberikan lesen untuk beroperasi. Lesen tersebut bertahan selama 6 bulan dan diberikan tempoh bernafas sepanjang tempoh tersebut. Selain itu , kursus yang disediakan oleh MARA telah dikenakan bayaran sebanyak rm50 kepada mereka yang ingin membuka perniagaan baru.


  2. Syarat - syarat untuk membuat pinjaman mara ialah :   
  • Untuk pinjaman RM10,000 ke bawah tidak memerlukan penjamin, manakala RM 10,000 ke atas memerlukan penjamin
  • Pemohon perlu menjalani ujian psikometik.
  • Tapak para pemohon akan dipantau oleh pihak MARA
     3. Faktor - faktor pinjaman ditolak :
  • Nama penjamin atau peminjam telah di senarai hitamkan oleh mana - mana pihak.
  • Memberikan kertas kerja yang tidak meyakinkan.
  • Menunjukkan sikap yang tidak professional ketika membentangkan kertas kerja kepada pegawai.
  • Penyalahgunaan pinjaman.
     4. Kepentingan rancangan perniagaan untuk memohon pinjaman :
  • Menyusun atur program atau pinjaman.
  • Melihat kekuatan dan tujuan pemohon untuk memohon pinjaman.
     5. MARA telah memberikan Skim Putra bagi :
  •  Pelajar lepasan MARA/ belia
  • usahawan yang tiada modal permulaan.



Penulis : Muhammad Aiman bin Mohd Anuar ( S19375 )

0 comments:

Post a Comment